Monday, February 18, 2019

DASAR KUALITI

1     Skop Sistem Pengurusan Kualiti
Skop sistem pengurusan kualiti adalah perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam.


2     Dasar Kualiti
BHSB bertanggungjawab memberikan perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam yang efisyen, berkualiti dan mesra pengguna demi kepuasan pelanggan.

BHSB juga komited membantu pihak berkuasa dalam meningkatkan lagi taraf kebersihan kawasan dalam pengurusan sampah dan pembersihan serta menambah baik keberkesanan sistem pengurusan kualiti.

Dasar ini menjadi satu rangka kerja bagi mewujudkan dan menyemak objektif kualiti bagi setiap bahagian.

Dasar ini disampaikan kepada semua warga BHSB dan menjadi tanggungjawab mereka untuk memahami dan sentiasa disemak supaya sentiasa bersesuaian dengan keadaan semasa. 



MAKLUMAT SYARIKAT

Bayu Hebat Sdn Bhd (BHSB) yang ditubuhkan pada tahun 2003 merupakan sebuah syarikat milik penuh bumiputera dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Kementerian Kewangan, Pihak Berkuasa Tempatan dan Swasta. BHSB menfokuskan kerja dalam bidang perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan perkhidmatan pembersihan. BHSB telah mendapat status ISO 9001:2008 pada Januari 2017.